. Pertukaran Pegawai Kanan Persekutuan - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Pertukaran Pegawai Kanan Persekutuan

at Rabu, 15 April 2015[4:51 PTG]


Sukacita dimaklumkan pelantikan / pertukaran tiga (3) pegawai kanan Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti berikut:

1. YBhg. Tan Sri Shukry bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, P.T.D. Gred Utama Turus II dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, mulai 16 April 2015 bagi menggantikan Allahyarham YBhg. Datuk Azlin bin Alias yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 April 2015.

2. YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Ketua Pasukan, Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Perdana Menteri, P.T.D. Gred Utama Turus III dilantik sebagai Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, mulai 16 April 2015 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Shukry bin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri.

3. YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pusat Transformasi Penyampaian, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, P.T.D. Gred Utama A dilantik sebagai Ketua Pasukan, Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Perdana Menteri, mulai 16 April 2015 bagi menggantikan YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

barang kemas rm300 00 hilang warga emas terkejut b...

bila mata anak mula merah ini mungkin sebabnya

kesilapan penggunaan kad kredit yang ramai orang b...

so apa sudah jadi malaysia

smk panggung jaya tempat pertama program anjuran t...

resipi tauhu goreng crispy cicah sambal kicap seda...

basic structure should m sia not revert its positi...

12 taman taman negara di sarawak

retaining talent for startup growth

haruskah bertobat dari menjual mainan dan memusnah...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...