Pencarian Pelajar Permata Insan 2015
Berita yang baik, harus di war² kan dan dihebahkan. Seperti tajuk di
atas, aku dapat info ni pon dari group WhatsApp. Dan aku rasa ramai yang
tak aware dan tak tau pasal Permata Insan nih. Sebab apa tau? Sebab
sistem ujiannya dah bermula 1 February 2015. Skang dah pon masuk bulan
April kan.
Untuk kawan² yang ada anak berusia 8 tahun tu, boleh lah mencuba nasib.
Jika berjaya, pengajian anak² akan dibiaya olek kerajaan secara percuma
sehingga peringkat PhD. Pemilihan peringkat pertama yang dijalankan
secara online ini akan berakhir pada 31 Mei 2015.
Kelayakan Calon
Ujian
ini yang dipanggil Ujian UKM 1 adalah satu ujian tapisan IQ berstandard
antarabangsa. Semua calon yang layak untuk terpilih ke PERMATA Insan
adalah seperti berikut :
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Berumur 8 tahun dan sedang belajar di TAHUN 2 (darjah 2) Tahap 1 di mana-mana Sekolah Rendah, sama ada Kebangsaan atau Agama di dalam Malaysia.
Apakah itu Ujian UKM 1?
Ujian
UKM 1 ini adalah ujian peringkat pertama menerusi pengambilan ujian IQ
secara online. Ianya merupakan salah satu proses permulaan dalam
pencarian PERMATA Insan bagi kemasukan 2015 ini. Ujian ini akan diberi
dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan
untuk kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 tahun hingga 15 tahun.
Terdapat beberapa syarat ketika menjawap soalan saringan ini :
- Pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini.
- Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini SEKALI sahaja.
- Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.
Klik sini untuk mengambil ujian UKM 1 : http://ukm1.permatapintar.edu.my/
Permata Insan | merupakan
sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia
dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung
berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia. Falsafah kewujudannya
ialah berorientasikan keilmuan Islam yang berasaskan sumber asal iaitu
al-Quran dan al-Sunnah. Fokus utama dalam program yang dirancangkan di
bawah akademi ini adalah pembangunan modal insan di kalangan kanak-kanak
berumur lapan (8) tahun yang berkebolehan tinggi atau pintar memahami,
mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam
kehidupan serta menghubungkaitkannya dengan sains, teknologi, matematik
dan sebagainya serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan
mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi melalui kesepaduan
ilmu aqli dan naqli.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Website: http://permatainsan.usim.edu.my/
Ikuti kami melalui RSS 2.0.