"186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:
Kedua: Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;"
Ya, 252 adalah jumlah skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa. Ini bermakna kesemua skim perkhidmatan akan ditambahbaik. Apakah penambahbaikan yang akan JPA lakukan demi memanfaatkan 406K penjawat awam.
Adakah ianya cuma indah di atas kertas sahaja. Rata-rata kita tahu bahawa kebanyakan skim perkhidmatan yang berkuatkuasa sememangnya telah bagus di atas kertas, tidak kira dari segi lapisan gred, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya. Tetapi dari segi pelaksanaannya, ruang dan peluang kemajuan kerjaya yang terhad untuk ke gred yang lebih tinggi kerana kekurangan jawatan di gred yang lebih tinggi ditambah lagi dengan syarat tambahan tempoh perkhidmatan untuk ke gred yang lebih tinggi, ratio gred kenaikan pangkat dan sebagainya yang tidak seperti skim perkhidmatan.
Bagaimana dengan isu tukar lantik ke skim perkhidmatan bukan bersifat teknikal dan profesional yang berkelayakan pendidikan am sebagai contoh Penolong Pegawai Tadbir yang cuma perlukan kelayakan STPM/STAM/Diploma biasa dan Pegawai Tadbir cuma memerlukan ijazah sarjana muda pelbagai bidang, serta beberapa skim perkhidmatan yang tidak memerlukan pemohon/calon memiliki kemahiran/ilmu tertentu seperti Doktor/Jurutera/Akauntan yang mensyaratkan mereka berdaftar dengan badan-badan profesional yang melindungi dan melayakkan mereka untuk mengamalkan dan melaksanakan tugasan mereka.
Sepatutnya skim-skim perkhidmatan sebegini dibuka ruang dan peluang kemajuan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi tanpa mengira kelulusan akademik kerana ianya melibatkan pengalaman yang diperolehi melalui perkhidmatan sebelumnya.
Posted on Rabu, 28 Oktober 2015|Filed under Belanjawan,Kerjaya,Semasa|Read More »

Bahannya: 4 keping ayam (whole leg) Bahan untuk perap ayam: (dimesin) 1 biji bawang besar 3 biji bawang putih 1 in halia 4sb sos lada hitam 3sb sos...
Posted on |Filed under Ayam,Baked & Grill,Resepi|Read More »

...
Posted on Isnin, 26 Oktober 2015|Filed under Belanjawan,Infografik|Read More »

...
Posted on |Filed under Infografik|Read More »

186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju: Pertama: Memberi faedah pemindahan...
Posted on Sabtu, 24 Oktober 2015|Filed under Belanjawan,Politik,Semasa|Read More »

Berikut adalah kupasan dari pembentangan Belanjawan 2016 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2015 (Jumaat) di Dewan Rakyat: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dijangka berjumlah...
Posted on Jumaat, 23 Oktober 2015|Filed under Belanjawan,Ekonomi,Pemimpin,Politik,Semasa|Read More »

“MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT” Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016...
Posted on |Filed under Belanjawan,Ekonomi,Politik,Semasa|Read More »