Melakar Sejarah
Aku bukan pemimpin, bukan cendikiawan, bukan berkuasa, bukan berharta, bukan dermawan, bukan budiman. Aku adalah aku, insan yang lemah lagi hina di sisinya. Aku tidak punya apa, tanpa apa-apa yang ingin aku banggakan.
Namunpun begitu setiap hari aku melakar sejarah, mencipta sejarah cuma bukannya sejarah yang dipelajari, diajarkan disekolah-sekolah dan juga dalam mana-mana buku sejarah yang ada dan pernah ada.
Tahukah anda sejarah memang berulang kerana kehidupan ini ibarat roda cuma pelakonnya sahaja yang bersilih ganti, yang lama akan pergi tinggalah kita untuk meneruskan kehidupan yang hakiki. Kita tidak dapat menghalang apa yang akan terjadi, kita tidak mungkin mengubah apa yang telah terjadi. Terpulang kepada diri dan kemahuan hati untuk mengolah setiap sejarah yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dari sudut mana yang ingin kita lihat. Sekiranya kita melihat setiap apa yang berlaku dari sudut yang satu, banyak yang tidak kita ketahui. Pandanglah, lihatlah dan fikirkanlah menggunakan ilmu. Setiap yang berlaku merupakan rentetan kepada apa yang akan berlaku. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk melaluinya laluinya mengikut kehendak fitrah merujuk kepada kejadian kita, maka kita akan terlepas dari segala sengsara.

Anggap sebagai setiap yang berlaku itu anugerah dari yang Maha Kuasa, Maha Esa untuk mengajar manusia cuma kita lebih bertuah kerana dapat melaluinya sendiri…
Ikuti kami melalui RSS 2.0.