. Bukannya Seks Semata-mata - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Bukannya Seks Semata-mata

at Selasa, 9 April 2013[8:44 PG]

DALAM kehidupan rumah tangga, pengertian satu sama lain diperlukan guna untuk membina keluarga yang harmoni dan sejahtera. Anda perlu ingat bahawa tidak hanya wanita yang ingin difahami, tapi lelaki pun demikian.
Banyak wanita mengatakan sukar untuk memahami keinginan seorang lelaki. Tapi anda tidak perlu bimbang, ada rahsia yang perlu anda ketahui apa yang diingin seorang lelaki dalam menjalani sebuah hubungan.
Pada dasarnya, mereka tidak menginginkan harta ataupun kemewahan dari seorang wanita, serta tidak pula sekadar seksual semata. Yang mereka inginkan ialah apresiasi, pengakuan, kasih saying, dan ruang untuk diri sendiri.
Apresiasi
Semua lelaki ingin dihargai, kadang-kadang bahkan melebihi dari seorang wanita. Dan penghargaan ini sayangnya tidak berakhir di ruang tamu atau meja makan. Mereka ingin dihargai untuk prestasi mereka di tempat tidur juga. Mengakui apa yang telah mereka lakukan untuk anda
Hal ini sebenarnya adalah lanjutan dari yang pertama. Namun, mengakui hal-hal kecil yang mereka lakukan untuk anda memberikan semangat dan ego yang besar untuk mereka. Jika dia membuat kopi ketika anda menyiapkan sarapan atau membersihkan meja selepas makan malam, berterima kasih padanya dan akui perbuatannya.
Lelaki juga haus kasih sayang
Cara mereka boleh berbeza dari wanita. Meski mereka tidak terlalu menunjukkan ketika ingin disayang, tapi mereka memerlukan kasih sayang dan kemanjaan dari anda. Mereka ingin tahu apakah anda peduli dengan mereka. Anda boleh menunjukkannya dengan cara yang halus seperti membuatkan minuman hangat untuknya sebelum menuju tidur.
Ruang privasi atau sendiri
Ini mempunyai peranan penting dalam kehidupan seorang lelaki walaupun dia sudah berkahwin. Semua lelaki menghargai ruang mereka sendiri. Waktu mereka sendiri, baik itu membaca, menonton televisyen, atau apabila bersama teman-teman lelakinya. Berikan pasangan anda ruang untuk dirinya sendiri, dengan begitu dia akan menyayangi anda seumur hidup kerana telah mengerti dirinya dengan baik.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...