Pendinding dari Ganguan Jin dan Iblis
1) Diwajibkan solat 5 waktu tidak kira kita di dalam keadaan sihat atau sakit (yang terbaik adalah solat berjemaah) amalkan selepas solat 5 waktu:
- Selepas Solat Zohor : baca al-fatihah 21 kali, suratul furqan ayat 23-3 kali, dan baca Laailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin-11 kali dan berdoa mohon pada Ilahi jadi pendinding dari jin & syaitan dan jauh dari hasad dengki.
- Selepas Solat Asar : baca al-Fatihah 21 kali, baca Bismillah 5 (3 kali) Bismillah hirrahmanirrahim, Bismillah hishafi, Bismillah hilkafi, bismillah hilmu'afi, Bismillahillazi layadhurru ma'asmihi syai un fil ardhi walafissamai wahuassami ul alim dan berzikir 300 kali
- Selepas Solat Maghrib : baca al-Fatihah 21 kali, Bismillah 5 (3 kali) baca suratul Furqan ayat 23 (3 kali) dan solat awabin 6 rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat selesai solat mohonlah pada Allah yang Maha Esa atas hajat kita.
- Selepas Solat Isya' : baca al-Fatihah 21 kali dan solat taubat 2 rakaat atau hajat 2 rakaat baca suratul furqan ayat 23 (3 kali) dan suratul al-mulk 1 kali dan zikir dengan zikir ayat yang ke 7 suratul as-saffat yang berbunyi " wahifzaon minkullis syaiton nim marid 100 kali dan baca al-fatihah 1 kali baca kulhuallah 3 kali kul aauzubirabil falaq 1 kali kul aauzubirabin nas 1 kali dan ayat kursi 1 kali dan akhir sekali berdoa pada ilahi semoga jauh diri dari segala kejahatan jin-syaitan dan orang-orang yang zalim.
- Selepas Solat Subuh : solat sunat subuh terlebih dahulu bacakan suratul al-Fatihah 41 kali dan berdoa mohon hajat pada Allah yang Maha Esa. Selepas solat subuh baca al-Fatihah 21 kali dan suratul Furqan ayat 23 (3 kali) dan suratul fussilat ayat 25-38 (1 kali) dan baca suratul al-Waqiah 1 kali dan berzikir sekurang-kurangnya 300 kali (tasbih 100 kali, selawat atas nabi 100 kali, dan istighfar 100 kali) dan berdoa kepada Allah S.W.T dangan menaruh harapan besungguh-sungguh semoga Allah menerima doa kita dan sampai hajat kami amin.
2) Amalan Perjalanan Atau Keluar Dari Rumah : Baca al-Fatihah 1 kali , baca kulhuallah 1 kali dan ayat kursi 1 kali dan membaca bismillah 5 (1 kali) hendak langkah baca lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 3 langkah dan hendak masukrumah bacalah ayat kursi wakaf 9 kalibaca satu ayat berhenti seterusnya sampai selesai membacanya.
3) Amalan Waktu Hendak Tidur : Berwudu' terlebih dahulu. luruskan kaki anda ditempat tidur anda sambil mengangkat kedua belah tangan dan bacakan al-Fatihah 1 kali dan baca kulhuallah 3 kali, kul aauzubirabbil falaq 1 kali, kul aauzubirabbin nas 1 kali dan ayat kursi 1 kali dan surah al-Baqarah ayat 255-257 (1 kali) dan sapukan bacaan tadi ke seluruh badan ansda sambil membaca ayat kursi dari rambut hingga ke hujung kaki anda sambil mohon pertolongan pada Allah jadikan pendinding dari segala kejahatan. selepas itu, bersyahadah3 kali dan membaca doa tidur waktu berbaring di dalam hati sambil sebut nama Allah iaitu (Allah hu Akbar) sekurang2nya 11 kali dan niat Ya Allah bangkitkanlah kami untuk solat tahajjud dan untuk buat amal pada engkau Ya Allah..
Zaman sekarang ni ramai perempuan menganiya perempuan lain dengan menggunakan sihir...sebab tu ramai wanita masuk neraka. Perempuan yang ramai sihir... kawan-kawan kita dan saudara kita mungkin sudah menjadi mangsa sihir ni, jadi kita kena bersiap kan diri kita dengan pendinding agar kita tak jadi salah seorang yang lalai dan akhirnya menghancurkan diri sendiri dengan sihir