. Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

at Jumaat, 7 Jun 2013[4:57 PTG]

Tidak dinafikan, wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.
Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut. Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik walau anda bertudung.
1. TIDAK PERLU MENCUCI Kalau anda mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung, tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak kering dengan sempurna secara menyeluruh.
Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaik-baiknya cucilah pada waktu petang, iaitu selepas pulang daripada kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan rambut lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.
2. PILIH KAIN TUDUNG BERFABRIK LEMBUT Jika anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut dengan tudung. Oleh itu, pilih tudung berfabrik lembut. Tudung bawal adalah pilihan terbaik. Elakkan memakai tudung fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
Cadangan : Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.
3. SENTIASA MERAWAT RAMBUT Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.
4. ATASI MASALAH RAMBUT JIKA ADA Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda. Sebagai contoh, jika anda dapati syampu yang anda guna sekarang tidak memuaskan, cuba minta nasihat daripada pakar.
Cadangan : Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu pada rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.
5. BEREHAT DAHULU SEBELUM MEMBERSIHKAN DIRI Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
Cadangan : Waktu ini, sebaik-baiknya anda berehat sepenuhnya. Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan ‘rehat’ dengan sempurna.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...