. Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki? - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

at Isnin, 8 April 2013[5:08 PTG]

Orang tua tua pernah berkata, rupa paras bukan ukuran. Yang penting keikhlasan, kejujuran serta nilai kasih sayang dalam sesuatu perhubungan mestilah ada sebelum kita memilih seseorang menjadi teman hidup kita.

Tetapi lain pula dengan kajian terbaru ini. Khabarnya gadis cantik mampu memberikan tahap kesihatan yang baik untuk seorang lelaki. Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan juga bertindak untuk memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia dan tempoh hubungan. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian yang diketuai oleh Dr. James Roney itu telah melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 hingga 24 tahun yang di temukan dengan wanita cantik dan yang mampu memikat hati. Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sini satu fakta menarik dapat di kenal pasti. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik, tahap testosteron lelaki akan meningkat hingga 14% manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 %. Berbeza pula apabila responden responden tersebut bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya di dapati menurun sehingga 7%.

Kesimpulannya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan memberi  kesegeran yang nyata kepada tubuh badan.

Mungkin selepas adanya artikel ini ramai lelaki yang menggunakan alasan untuk berkahwin dengan perempuan cantik demi menjaga kesihatan mereka.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

inilah burung paling bahaya dan di takuti di dunia

ini kelebihan lelaki memilih wanita yang tak suka ...

14 baju pengantin dodot

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...