10 Tempat menarik di Langkawi!!
Langkawi merupakan salah satu pulau yang paling terkenal dan paling popular di Pantai Barat Malaysia. Menggabungkan tarikan sejarah, kehidupan malam yang menarik, keindahan pantai, aktiviti-aktiviti menarik serta aktiviti membeli-belah, pulau bebas cukai ini adalah tempat paling sesuai untuk bercuti. Banyak pantai Langkawi yang di undi antara yang terbaik di dunia sementara jalan raya di Langkawi adalah amat mudah untuk memandu dan mencari arah dan sepanjang perjalan anda akan disajikan dengan pemandangan indah. Antara aktiviti/tempat menarik di Pulau Langkawi adalah:
1. Pantai-Pantai di Langkawi
Antara pantai yang menjadi tumpuan adalah Pantai Chenang, Pantai Tengah, Pantai Beras Basah dan Pantai 'Airport'. Pantai Chenang adalah pantai yang selalu meriah sama ada di siang hari mahupun di malam hari. Kerana di Pantai Chenang telah menjadi tumpuan pengunjung untuk bermandi manda dan banyak sukan air ditawarkan disini seperti parasailing, banana bot dan jerski. Pantai Tengah juga mempunyai daya tarikan seperti Pantai Chenang. Manakala Pantai Beras Basah yang terletak di Pulau Beras Basah mempunyai pasir dan air yang lebih cantik berbanding kedua-dua pantai yang diyatakan diatas. Pantai 'Airpot' pula masyur dikalangan pengunjung kerana menyajikan asam laksa yang sedap disamping anda disajikan pemandangan pantai yang cantik berserta landasan kapal terbang.
2. Cable Car & Skybridge
Cable Car di Langkawi merupakan cable car yang tertinggi di Malaysia dan anda akan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke puncak Gunung Mat Chinchang. Anda akan disajikan pemandangan indah dan sekiranya anda menaiki cable car pada waktu petang anda juga akan dapat melihat pemandangan matahari terbenam.
3. Dataran Lang
Dataran Lang adalah tempat wajib untuk dikunjungi oleh pengungjung untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. Terletak berhampiran Jeti Pekan Kuah, 'Helang' ini seolah-olah menyambut kedatangan pengunjung ke Pulau Langkawi.
4. Jetty Awana Poto Malai
Jetty Awana Poto Malai yang terletak di pertengahan jalan ke 'Cable Car' juga selalu mencuri tumpuan pengunjung kerana menawarkan pemandangan kapal-kapal layar yang belabuh di Langkawi. Jetty ini juga menempatkan bot yang digunakan oleh Dato' Azhar Mansor iaitu 'Jalur Gemilang Yacht' untuk mengelilingi dunia.
5. Kilang Gamat
Terdapat dua kilang gamat yang terkenal di Pulau Langkawi iaitu Kilang Gamat Warisan dan Kilang Gamat Nusantara. Kedua-dua kilang gamat ini terletak di pertengahan jalan dari Pekan Kuah ke Pantai Chenang. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai produk gamat pada harga yang murah dan mutunya yang dijamin oleh pengeluar.
6. Pekan Kuah
Sekiranya anda ke Pulau Langkawi, tidak lengkap rasanya anda tidak mengunjungi Pekan Kuah kerana disini terdapat pelbagai tempat untuk membeli belah. Memandangkan Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, pelbagai barangan yang ditawarkan mempunyai harga yang jauh lebih rendah berbading di Tanah Besar. Antara tempat membeli belah yang selalu menjadi pilihan pengunjung yang terletak di Pekan Kuah adalah Idaman Suri, Langkawi Saga, Haji Ismail Group dan lain-lain lagi,
7. Kampung Air Hangat
Selain keindahan pantai dan pulau, Langkawi juga menawarkan "Hot Spring" nya yang tersendiri yang terletak di Kampung Air Hangat. "Hot Sprin" ini sesuai sekiranya anda ingin melepaskan penat mengelilingi pulau. Disini juga ditawarkan seni lukisan batik, tarian asli Melayu, makanan-makanan melayu dan perlbagai lagi.
8. Restoran Jom Ikan Bakar
Restoran Jom Ikan Bakar ini yang terletak di Padang Mat Sirat menawarkan pelbagi lauk-pauk, ulam - ulaman dan yang paling penting ikan-ikan bakar yang segar serta sedap. Restoran ini yang dibuka setiap hari sentiasa penuh dengan pengunjung. Kami cadangkan supaya anda ke sana terlebih awal bagi mengelakkan anda tidak tidak makan berdiri.
9. Restoran Makanan Laut
Pergi ke pulau sudah menjadi kelaziman untuk para pengunjung mencari makanan laut yang segar. Antara restoran yang menawarkan pelbagai pilihan makanan laut seperi ikan, sotong dan udang adalah Restoran Bamboo, Restoran Fish Farm dan Restoran Amin Thai. Restoran Bamboo dan Restoran Fish Farm yang terletak bersebelahan antara satu sama lain terletak di Pantai Beringin, Pekan Kuah. Manakala Restoran Amin Thai pula terletak di Pekan Kuah.
10. Kilang Batik di Langkawi
Batik merupakan salah satu tarikan pengunjung ke Pulau Langkawi. Kilang batik ini terletak di pertengahan jalan antara Pekan Kuah dan juga Pantai Chenang dan terletak berhampiran dengan kilang gamat Nusantara. Di sini pelbagai corak dan motif batik yang boleh didapati dan dibeli oleh pengunjung pada harga yang murah.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.