. Goods Service Tax (GST) - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Goods Service Tax (GST)

at Jumaat, 10 Mei 2013[8:19 PG]

Cukai GST ini adalah satu lagi cukai yang direka dan diperkenalkan terutama di negara Maju termasuk jiran kita iaitu Singapura yang berstatus negara Maju.

Maksud cukai ini adalah cukai yang dikenakan kepada hampir setiap barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran. Secara asasnya, masuk toilet kena caj GST, beli telur, beli baju, saluran berbayar, jalur lebar, pengangkutan, air, elektrik, tuisyen, bayaran letak kereta, beli plastik sampah, beli kuih raya dan sebagainya. GST diperkenalkan di kebanyakan negara maju adalah bagi memastikan kerajaan di negara mereka mendapat duit sebanyak yang boleh.

Secara asasnya apabila ianya diperkenalkan di negara Maju, kos sara hidup mereka tinggi, ini secara asasnya menjadikan rakyat mereka menjadi lebih tertekan, seperti kajian yang saya lakukan pada sebahagian rakyat Singapura terutama Cina dan Melayu.

Tanpa GST, kerajaan hanya dapat memungut cukai terutama dari sebilangan kecil rakyat yang layak membayar cukai pendapatan.

Secara peribadi saya tidak suka kepada GST, kerana dua sebab :

1. Pertama ianya membebankan rakyat yang kurang berkemampuan, dan meningkatkan bebanan kos sara hidup kepada yang belum bergelar status kaya. Ianya juga membuatkan nilai setiap ringgit ataupun kuasa beli rakyat berkurangan.

2. Saya paling tidak suka apaibla kita masih meneruskan budaya 'copy and paste' iaitu kita salin sistem barat dan buat di Malaysia, kerana sudah 50 tahun barat meninggalkan negara kita, tetapi kita masih ambil sistem mereka.

Pemimpin Jepun suatu ketika dahulu pernah berkata In Syaa Allah "Kalau kita ikut sistem pendidikan British, kita akan sentiasa di belakang British, kalau kita ikut silibus pendidikan Amerika, kita akan sentiasa berada di belakang Amerika, jadi untuk memastikan kita lebih kehadapan berbanding mereka, kita perlu menjadi negara yang berlainan".

Sekarang kita masih copy sistem seperti 5 S dan pratikkan di Malaysia, banyak sudah orang putih yang menyindir saya dengan berkata di dalam bahasa Inggeris, terjemahannya lebih kurang bermaksud seperti ini. "Orang Malaysia tiada identiti ke? Asyik ikut sistem kami, kami datang ke Malaysia ini mempelajari kelebihan dan budaya rakyat Malaysia bukannya melihat hampir semua sistem kami termasuk 'customer service' desain bangunan pejabat dan sebagainya."

Sudah tiba terutama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mencipta sistem percukaian yang lebih mesra dengan budaya dan agama rakyat tempatan, berbanding tiru sistem percukaian barat yang belum tentu secara majoritinya sesuai dengan kondisi rakyat Malaysia.

Di harap maklumat ini, memberikan kefahaman kepada Cik Puan yang bertanya itu.

Malaysia | Shamsuddin Kadir

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...