. Budak 11 tahun mati kena rogol - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Budak 11 tahun mati kena rogol

at Jumaat, 10 Mei 2013[8:50 PG]

Foto

  • Lokasi kejadian tempat Nur Amyliana Shuhada ditemui mati manakala gambar kecil Nur Amyliana Shuhada. - Foto Asyraf Hamzah

  • FotoIbu mangsa, Acha Kusain, (kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam. - Foto Asyraf Hamzah

Klang: Budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dirogol, ditemui mati di kawasan tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam di kawasan berkenaan jam 10.30 malam kelmarin.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dan ketika ditemui, mayatnya lengkap berseluar trek dan berbaju kemeja-T.

24 jam meninggal

Siasatan awal mendapati mangsa ditemui 200 meter dari rumahnya, meninggal dunia kurang 24 jam ketika mayatnya ditemui. Tiada kecederaan lain pada badannya kecuali di kemaluan, katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamad berkata, polis sudah menahan dua lelaki dari Sabah yang disyaki mempunyai kaitan dengan kematian mangsa bagi membantu siasatan. Penganggur berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan jam 6 pagi semalam dan mereka direman selama tujuh hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Acha Kusain, 42, berkata Nur Amyliana Shuhada yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, adalah anak ketiga daripada tujuh beradik dan sangat peramah.

Keluar bermain

Kelmarin, Nur Amyliana Shuhada keluar bermain tetapi tidak dapat masuk ke rumah kerana kunci dibawa kakak sulungnya. Kali terakhir kami melihatnya kira-kira jam 12 tengah hari. Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lalu kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja.

Arwah pernah menasihati saya supaya tidak sedih kerana dia akan pergi dulu. Tidak disangka, ia menjadi kenyataan, katanya ditemui di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

barang kemas rm300 00 hilang warga emas terkejut b...

bila mata anak mula merah ini mungkin sebabnya

kesilapan penggunaan kad kredit yang ramai orang b...

so apa sudah jadi malaysia

smk panggung jaya tempat pertama program anjuran t...

resipi tauhu goreng crispy cicah sambal kicap seda...

basic structure should m sia not revert its positi...

12 taman taman negara di sarawak

retaining talent for startup growth

haruskah bertobat dari menjual mainan dan memusnah...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...