. Tomyam Seafood - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Tomyam Seafood

at Jumaat, 17 Mei 2013[3:09 PTG]

Bahan-Bahannya
  • Udang dan Sotong (boleh juga gunakan ayam @ daging @ campur semua sekali, tapi better diasingkan.)
  • 3 sudu besar pes tomyam
  • 2 biji bawang besar - hiris bulat. Kalau dapat bawang bombay lagi best sbb rasa dia manis
  • 5-10 biji cili padi - ketuk2 sket utk mendapatkan rasa pedas yang menyengat
  • 3-4 batang serai - hiris 2,3 secara menyerong
  • 1 inci halia - hiris
  • 2 inci lengkuas - hiris
  • 3-4 helai daun limau purut - lurutkan daripada batangnya
  • 1 batang seleri - hiris
  • 2 biji tomato - potong 4
  • karot, bunga kobis, putik jagung secukupnya - potong sesuka hati
  • Perahan limau nipis - ikut kemasaman yang dikehendaki
  • Air
  • Garam
Cara Membuatnya
  1. Tuang air dalam periuk, masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, halia, hirisan bawang besar, seleri dan cili padi. Masak sampai mendidih. (Api jangan terlalu kuat. Biar ia mendidih perlahan-lahan)
  2. Masukkan sayur2 yang keras dulu (karot, putik jagung & bunga kobis) Biarkan seketika. Masukkan pula daun limau purut.
  3. Masukkan udang, sotong. Didihkan sekejap.
  4. Masukkan garam secukupnya.
  5. Kemudian masukkan pula tomato.
  6. Akhir sekali tuangkan perahan limau nipis. Padamkan api
  7. Hidangkan panas2 bersama nasi putih dan gandingan lauk pauk yang lain.
  8. Boleh juga dimakan bersama mee, bihun yang telah dicelur

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

inilah burung paling bahaya dan di takuti di dunia

ini kelebihan lelaki memilih wanita yang tak suka ...

14 baju pengantin dodot

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...