. Agra - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Agra

at Jumaat, 17 Mei 2013[4:21 PTG]

Selepas bertahun-tahun menyaksikan Taj Mahal menerusi dokumentari dan filem selain membaca artikel mengenai monumen Mughal teragung, inilah pertama kali penulis menjejakkan kaki ke makam batu marmar ini.

Di sepanjang perjalanan selama tiga jam dari New Del­hi ke Agra melalui Lebuhraya Yamuna, satu keajaiban moden India, dataran luas serta ladang gandum mendominasi landskap.

Di kedua-dua lebuh raya, petani dan penduduk kampung sibuk dengan aktiviti harian mereka. Kereta lembu dan unta kelihatan di atas jalan tanah, satu pemandangan di India pada masa silam dan masa kini.

Foto

BANGUNAN replika India Gate. - Gambar ihsan NSTP

Wajah Taj Mahal

Foto
Pengalaman melintasi sungai Yamuna, cawangan terbesar sungai suci bagi penganut Hindu iaitu Ganges, pasti menarik apa lagi kesesakan lalu lintas - kereta lembu, penunggang basikal, pejalan kaki, kereta dan lori selain bunyi riuh yang membingitkan telinga.

Dengan lebih daripada lapan juta pelancong melawat Taj Mahal setiap tahun, Agra memiliki hotel moden dan kedai makanan segera.

Selepas melepasi Agra Fort, sudut pemandangan Taj Mahal muncul buat pertama kali. Di dalam bas, keghairahan terserlah dengan jari menuding ke arah monumen itu selain bunyi klik kamera tanpa henti.
Perjalanan bas berakhir di pusat pelancongan, kira-kira satu kilometer (km) dari pintu masuk ke monumen itu.

Dari situ, pemandu pelancong, Ramesh Deewan membawa kami ke pintu masuk monumen itu menggunakan ‘buggy’.

Lukisan di atas langit

Ramesh yang lahir dan dibesarkan di Agra, fasih bertutur bahasa Inggeris dengan pelat Amerika selain bahasa Perancis. Ketika kumpulan kami tiba di pintu masuk ‘East Gate’, Taj Mahal bagaikan malu menunjukkan diri.

Wajah Taj Mahal akan menjelma pertama kali apabila seseorang masuk ke Pintu Masuk Diraja.

Kata Ramesh, kubah putih yang berdiri megah dan empat menara yang mengiringinya kelihatan bagaikan lukisan di atas langit.

Lambang cinta

“Taj dalam bahasa Mugal bermakna mahkota dan Mahal bermakna istana,” kata Ramesh yang memang kagum dengan binaan yang siap pada 1653.

Kisah cinta itu diabadikan dalam batu marmar dan batu permata oleh Shah Jahan Khurram untuk isterinya, Arjuman Banu Begum (juga dikenali sebagai Mumtaz Mahal).

Taj Mahal dibina mengelilingi makam Mumtaz dengan reka bentuknya menekankan kepada keseimbangan dan imej tepat.

Seni bina monumen itu diperbuat daripada batu marmar tanpa rangka kayu atau besi. Batu marmar putih yang tidak menyerap air hanya boleh ditemui di wilayah Rajasthan. Cuma persoalannya, bagaimanakah mereka memotong dan mengukir butiran halus pada marmar yang keras itu dengan peralatan primitif?

Corak berwarna pada dinding terdiri daripada batu permata - carnelian (perang), lapis lazuli (biru), black onyx (hitam) dan jasper (biru-hijau) - yang dibenamkan pada batu marmar itu. Juga terdapat corak bunga-bungaan timbul menarik yang diukir di marmar.

Juga menghiasi permukaan dinding fasad adalah seni khat Islam yang memuji Allah, membuktikan Shah Jahan mengagungkan Islam.

Suasana di dalam Taj Mahal

Semasa berjalan atas lantai marmar itu, penulis diberitahu Shah Jahan juga pernah berjalan di atasnya, mungkin kagum karyanya atau mengenang isterinya. Pelawat hanya dibenarkan menziarahi makam olok-olok Mumtaz Mahal dan Shah Jahan. Makam sebenar berada di ruang bawah.

Foto

MASJID indah di sebelah Taj Mahal di Agra. - Gambar ihsan NSTP

Terdapat dua bangunan merah mengiringi Taj Mahal, di kiri adalah Khan-e-Alam yang kini berperanan sebagai sebuah masjid dan kanan adalah Jamat-Khanna yang pernah digunakan sebagai rumah persinggahan golongan diraja.

Kemegahan India

Shah Jahan adalah maharaja Mughal teragung kelima selepas Babur, Humayun, Akbar dan Jahangir yang meninggal­kan monumen dianggap kemegahan India. Taj Mahal adalah monumen yang unik kerana ia lambang cinta abadi antara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. - BERNAMA

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...