5 Cara Eratkan Perkahwinan
Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama.Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.
1. Elak tuduh-menuduh
Suami isteri perlulah menumpukan perkara yang baik-baik sahaja ketika berbincang. Elakkan dari tuduh-menuduh. Situasi begini seolah-olah mereka bermusuh antara satu sama lain dan bagaimana keharmonian rumahtangga boleh diwujudkan kalau saling tuduh-menuduh dan bertengkar.Sebenarnya pasangan begini memang mempunyai minat yang sama kepada sesetengan barang tetapi disebabkan mereka hanya menceritakan perkara yang tidak baik semata-mata maka yang baik dan romantis hilang begitu sahaja.
2. Jangan ungkit perkara lama
Jangan bangkitkan perkara yang lepas-lepas. Biarkan yang lepas itu menjadi bahan untuk renungan bersama. Memang kadang-kadang suami atau isteri melemparkan kata-kata kesat yang melukakan dalam pertengkaran. Ianya tidak harus diulang-ulang tentang perkara itu apabila setiap kali bertengkar dan menjadikannya sebagai isu untuk memanjangkan pertengkaran. Perkara seumpama itu anggaplah sebagai suatu yang tidak disengajakan.
3. Segera memaafkan
Suami isteri mesti sentiasa bermaaf-maafan antara satu sama lain supaya rasa kasih sayang itu sentiasa segar. Jangan amalkan perangai yang suka membangkitkan sesuatu perkara itu berpuluh malah beratus kali untuk menguatkan hujah. Perkara yang berlalu
biarlah berlalu.
biarlah berlalu.
4. Remeh temeh
Soal yang remeh temeh janganlah dijadikan punca pergaduhan. Sikap bertolak ansur haruslah menjadi asas yang utama dalam keluarga.
Ada sesetengah pasangan bergaduh kerana soal kecil seperti menyediakan sarapan pagi, rumah bersepah, anak menangis dan sebagainya. Jika di hari-hari lain isteri menyediakan sarapan, tidak salah sekiranya sesekali suami pula yang menyediakan sarapan sendiri.
Soalnya bukan kerana tanggungjawab menguruskan makan minum suami itu tugas isteri yang melaksanakan tetapi sikap timbang rasa suami.
5. Jangan ambil kesempatan
Isteri janganlah pula mengambil kesempatan atas suami. Sebaliknya kedua belah pihak perlu bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Kalaulah isteri yang bekerja dan anak nakal, apa salahnya suami yang menyediakan sarapan sendiri.
Manakala isteri janganlah pula mengambil kesempatan menggunakan peluang ini sengaja malas menyediakan sarapan untuk suaminya. Bagi si suami pula tidak dinafikan kerja-kerja begini adalah merumitkan. Tambahan pula sikap ego suami memang ada.
Kadang-kadang dia lebih rela makan di kedai dari menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri. Isteri haruslah memahami dan cuba sedaya upaya menjalankan tugasnya dengan baik supaya suami senang hati dan tidak bergaduh kerana perkara remeh temeh.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.