. 10 Prinsip Kejayaan Jepun - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

10 Prinsip Kejayaan Jepun

at Khamis, 2 Mei 2013[4:08 PTG]

Ramai yang akui bahawa Jepun antara negara yang mencapai kemajuan bukan sahaja dari segi pembangunan teknologi malah turut sahsiah diri. Mereka di sana telah dididik supaya menjadi orang yang sentiasa berdisiplin dengan masa dan tidak sesekali mengabaikan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Cara hidup di Jepun juga turut diakui oleh beberapa orang luar negara yang kagum dengan keadaan di sana. Jom kita ketahui 10 fakta bagaimana Jepun boleh mencapai kemajuan.
1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

malaysian embassy in bangkok sealed after myanmar ...

melaka has been attracting visitors for more than ...

trouble at kl tower fahmi fadzil government and li...

business with limited resources 1qfqr

minister be civil when posting on 3r issues

blogspot migrate ke wordpress

lina nak dengar sangat suara abah anak oku ini cub...

lawatan presiden cina kominis

koleksi imej sejarah penemuan mayat manusia gergas...

gempa di myanmar 144 terbunuh 732 cedera dalam gem...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...