7 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Result SPM Yang Gempak
Kami yakin para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk SPM
semalam pasti sedang tersenyum riang. Malah mungkin ada yang tak tidur
malam dan tak mandi, excited punya pasal.
Namun berbeza pula buat mereka yang gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Iyalah result tak okay,
nak sambung belajar macam mana? Nak cari kerja pun susah kan? Jangan
risau sebab SPM bukan pengakhiran hidup, banyak lagi jalan lain.
Berikut 7 pekerjaan gaji tinggi yang tak memerlukan result SPM yang gempak. Kalau ada adik, anak saudara, kawan yang tengah down tu suruh mereka baca artikel ini, insyallah terbuka hati.
1. Operator Pelantar Minyak
Kerja di pelantar minyak sememangnya mampu memberi pulangan yang
lumayan hatta sebagai seorang pekerja bawahan sekalipun. Iyalah kalau
jadi operator paling bawah pun dah dapat gaji 3 ke 4 ribu memang
berbaloi la tu. Kami rasa apa-apa pekerjaan yang berkaitan dengan minyak
semuanya gaji mahal, kecuali Amran Fans la.
2. Artis
Percayakah anda ramai artis tak mempunyai keputusan SPM yang gempak namun mampu mencapai pendapatan yang lumayan setiap bulan? Malah ada yang tak menduduki SPM. Kalau job
banyak, setakat belas-belas ribu tu dalam tangan je. Tapi bakat kena
ada lah, takat jual rupa je pun tak guna juga. (Gambar sekadar hiasan)
3. Pemain Bola Sepak
Tahu gaji Mat Yo sebulan berapa masa dekat JDT dulu? Tahu gaji
Khairul Fahmi dekat Kelantan? Apa yang kami boleh cakap, puluhan ribu
sebulan! Jadi yang mana kaki bangku tu boleh lah berjinak-jinak dengan
bola sepak, silap hari bulan boleh beristerikan seorang artis.
4. Petik Anggur Di Australia
Yup! Petik anggur, strawberry, epal dan beberapa buah-buahan lain di
Australia. Berdasarkan pemerhatian kami, iklan kerja petik anggur ini
bersepah di internet. Kami sempat kira-kira gaji yang ditawarkan, lebih
kurang RM5000 sebulan. Sambil kerja sambil melancong.
5. Agen Insurans
Walaupun result SPM korang tak gempak, tak apa boleh cuba jadi agen
insurans. Syarat untuk bergelar agen insurans ialah lulus ujian tertentu
yang telah ditetapkan. Terbukti ramai yang mampu pendapatan lumayan
dengan menjual insurans, tapi hati kena kental lah.
6. Kerja di Singapura
Kalau korang jenis yang suka beli surat khabar untuk ushar kerja
kosong dekat bahagian tengah tu, korang boleh tengok lambakan iklan
jawatan kosong dengan pendapatan yang lumayan di Singapura. Gaji dalam
dollar Singapura kot, cleaner pun boleh dapat sampai RM4500.
7. Petik Kelapa
Macam tak percaya kan petik kelapa boleh dapat gaji tinggi? Tapi berdasarkan iklan ni korang kena percaya.
Untuk yang masih down tu, meh baca pula kata-kata semangat daripada Fizo Omar ini. See dia pun result SPM tak gempak tapi muka macho, berbakat dalam lakonan dan kahwin model tudung.
Dah nampak dah macam mana nak survive kalau result SPM tak gempak? Haha
Ikuti kami melalui RSS 2.0.