Asmara Penchala (Teman Lelaki Upahan)
Kalau nak date mesti nak cari tempat
makan yg romantik dan di limpahi cahaya bulan dengan suasana yang
tenang. Tak perlu pergi jauh di Kuala Lumpur juga ada lokasi makan yang
sungguh sesuai untuk pasangan suami isteri atau mereka yang bercouple.
Nama pun dah romantik Asmara Penchala adalah sebuah lagi destinasi makan yg akan diperkenalkan kepada anda semua. First time pergi tempat makan yg sungguh
tenang sgt bila melangkah kaki masuk. Dengan reka bentuk batuan seakan
berada di Bali memang memukau. Suasana kg walaupun di tengah2 Kuala
Lumpur masih terasa kenyamanannya. Asmara Penchala terletak di Kg Sungai Penchala Damansara Kuala Lumpur.
Nak cari tak susah kalau dah sampai ker 1Utama atau The Curve ia berada di seberang jalan ken 'U' turn dan masuk ke kiri Kg Sungai Penchala, terus sampai jumpa signboard Asmara Penchala.
Dengan pintu gerbang dan juga gong anda di sambut penuh romantik. Makan
mlm memang sesuai kerana ada beberapa gazebo yg di bina khas oleh
pemilik restoran untuk "candle light dinner" berdua-duaan.
Makan kat Asmara Penchala juga cukup hebat dengan gaya
persembahan dan juga rasa yg sesuai untuk pasangan romantik.
Berkonsepkan masakan Melayu tradisional keutamaan di restoran ini adalah
Asam Pedas Asmara yg menjadi main dish untuk di cuba. Ada menu Asam Pedas Asmara Ikan Tenggiri dan juga Asam Pedas Asmara Daging untuk anda pilih.
Asam Pedas Asmara Ikan Tenggiri |
Kat bawah ni beberapa menu utama yg ada di Asmara Penchala untuk anda pilih dan nikmati bersama pasangan anda.
Asmara Daging Masala |
Asmara Butter Prawn |
Asmara Nasi Goreng Cina |
Asmara Nasi Goreng India |
Asmara Nasi Goreng Kampung |
Grill Salmon Asmara |
Kalau datang bersama keluarga juga boleh
nikmati makanan dengan ruang yg luas ada di sana. Ada yg "open air" dan
juga ruang beraircond untuk anda. Dalam Asmara Penchala juga di serikan dengan deruan air pancut dan juga hiasan pokok yg tenang dan cantik. Masuk kat situ pun terpegun dan rasa mcm tak nak blk jer nak makan lagi.
Kalau nak buat tempahan untuk date atau dinner bersama tersayang boleh layari laman web Asmara Penchala.
Kawasan yg luas ini pun boleh di gunakan untuk mengadakan majlis
perkahwinan atau juga sambutan beramai-ramai. Ini kerana kawan dalam Asmara Penchala ini boleh memuatkan lebih kurang 1000 org dalam satu masa.
Maklumat lanjut
Waktu operasi 3.00ptg - 12.00mlm
Asmara Pencala
Lot 2933, Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
info@asmarapenchala.com
03-7726 0964 / 016-2621 500
https://www.facebook.com/asmarapenchala
info@asmarapenchala.com
03-7726 0964 / 016-2621 500
https://www.facebook.com/asmarapenchala
Untuk makluman semua, inilah lokasi dimana drama Teman Lelaki Upahan (TLU) shoot. Inilah restoren milik EL dalam drama (TLU). Untuk makluman semua, dahulu restoren ini dikenali sebagai Bora Asmara, sebuah restoren berkonsepkan senibina Bali. Sekarang ni, restoren ini ditutup bagi tujuan renovation dan tidak lagi menerima tetamu untuk makan-makan ianya cuma menerima tempahan perkahwinan dan juga majlis serta dijadikan lokasi shoot drama atau filem.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.