Modul Project Ara Dipertontonkan Pada MWC 2015
Mobile World Congress menyaksikan sejumlah produk baru dilancarkan dan dipertontonkan. Tidak ketinggalan adalah Yezz Mobile
yang mana merupakan salah satu syarikat yang membangunkan modul untuk
Project Ara. Mereka telah pun memperlihatkan beberapa gambaran modul dan
bagaimana ia akan kelihatan kelak.
Bagi yang tidak mengenali akan Project Ara, ia merupakan projek untuk
telefon modular yang sedang dalam proses pembangunan dibawah pasukan
Google ATAP. Mereka telah memperlihatkan ia beberapa kali sebelum ini,
membolehkan pengguna mengubah pelbagai modul pada telefon pintar dan
menaik-tarafnya – sekaligus mengurangkan pembaziran bahan elektronik.
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan peranti dengan kamera belakang
yang lebih baik, anda tidak perlu mengubah keseluruhan peranti, tetapi
sekadar mengubah modulnya sahaja, dan proses mengubahnya juga amat
mudah.
Ia tidak lagi diketahui bilakah telefon pintar dibawah Project Ara
ini akan dipasarkan secara meluas. Buat masa ini, ia masih lagi pada
peringkat pembangunan, dan ikut sasaran Google, peranti menggunakannya
mungkin akan hadir pada tahun ini.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.