. Insuran Dan Anda - Asas Pengetahuan Insuran - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Insuran Dan Anda - Asas Pengetahuan Insuran

at Selasa, 17 Mac 2015[11:12 PG]

Seringkali kita mendengar pelbagai jenis polisi insurans yang ditawarkan tanpa benar-benar memahami ciri-ciri serta skop perlindungan tersebut. Terdapat 2 jenis insurans utama, iaitu insurans hayat dan insurans am, dua polisi yang berbeza dan melindungi aspek-aspek yang berlainan di dalam hidup anda.
Insuran Dan Anda - Asas Pengetahuan Insuran
Perkhidmatan perlindungan insuran memang diakui perlu dalam kehidupan. Ianya dapat membantu kita sekiranya kita menghadapi masalah. Sebagai contoh jika kereta kita kemalangan dan melibatkan kos pembaikan yang besar kita terpaksa menggunakan perkhidmatan pihak insuran untuk membayar kos pembaikan kenderaan tersebut dan sekiranya kita menghadapi penyakit kronik yang termasuk dalam senarai yang dilindungi oleh pihak insuran, pihak insuran akan membiayai kos perubatan tersebut.

Sebaliknya sekiranya kita tidak dilindungi oleh insuran maka kita terpaksa membayar dengan wang saku sendiri untuk kesemua perbelanjaan yang timbul daripada kemalangan kereta ataupun kos perubatan untuk merawat penyakit yang dihidapi.

Kita sering mendengar pelbagai jenis polisi insurans yang ditawarkan tanpa benar-benar memahami ciri-ciri serta skop perlindungan tersebut. Terdapat 2 jenis insurans utama, iaitu insurans hayat dan insurans am, dua polisi yang berbeza dan melindungi aspek-aspek yang berlainan di dalam hidup anda.

Insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, seperti kematian. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga, sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah.

Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium secara berkala, sama ada bulanan, suku tahunan atau tahunan, perlu dijelaskan.

Risiko yang dilindungi insurans hayat adalah:
  • Kematian dalam tempoh polisi
  • Pendapatan semasa persaraan
  • Penyakit
  • Hilang upaya

Produk utama insurans hayat termasuklah:
  • Polisi seumur hidup
  • Polisi endowmen
  • Polisi bertempoh
  • Polisi berkaitan pelaburan
  • Polisi anuiti
  • Polisi perubatan dan kesihatan

Insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga.

Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.

Risiko yang dilindungi insurans am adalah:
  • Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah
  • Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda
  • Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan
  • Produk utama insurans am termasuklah:
  • Polisi motor
  • Polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
  • Polisi kemalangan diri
  • Polisi perubatan dan kesihatan

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...