. PUTRAJAYA BRIDGE RIDE! - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

PUTRAJAYA BRIDGE RIDE!

at Selasa, 10 Mac 2015[8:43 PG]

PUTRAJAYA BRIDGE RIDE! merupakan acara berbasikal berbentuk fun ride menggabungkan elemen sukan, pelancongan, kebudayaan dan komuniti yang di inspirasikan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia W.P. KL / Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

Acara kayuhan malam ini menggabungkan semua peminat sukan berbasikal dari seluruh negara dan juga pelancong antarabangsa tidak mengira jenis termasuk road bikes, mountain bikes, fixie bikes, folding bikes mahupun basikal tua.

Acara kayuhan yang pertama kali diadakan seumpamanya memberi peluang peserta menikmati keindahan Putrajaya pada waktu malam terutamanya landskap dan geometri bangunan kerajaan yang menarik dilimpahi cahaya pelbagai warna.

Selain kayuhan malam, acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk promosi dan jualan, demonstrasi, persembahan muzik dan cabutan bertuah.

"NO HELMET NO RIDE"
(Kanak-kanak dibawah tanggungjawab Ibubapa)

Flag off :
9.30 malam - Hadapan Perbadanan Putrajaya

Jarak Kayuhan :
21km

Jambatan : 6 Jambatan

Konsep :
Fun Ride

Trek :
Tarmac / Jalan Raya

Kategori Basikal :
Bebas

Pendaftaran :
Online Registration

Entry Fee :
1st Batch 1000 pendaftar awal - Early Bird - RM 25
2nd Batch 1001 peserta keatas- RM 35

GOODIES BAG :
T-Shirt
Bicycle Tag Number
Energy Drink
Snack(Bun)

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

menginap 3 hari 2 malam di hotel tenera bandar bar...

kursus kenegaraan pelatih ecrl

the rise of nostalgia tv why reboots keep winning ...

kari sardin sedap

cikguku paling ohsem

say hello to do drama malaysia s first vertical sh...

the doctrine of sindoor india s red line against t...

contemporary industrial house in seattle by rho ar...

hiburan 50 hospital malaysia diiktiraf hospital te...

vw owner fumes non deployment of airbag during acc...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...