Memisahkan Tempat Tidur Anak Lelaki dan Anak Perempuan
Dah lama tak sharing pasal Keibubapaan ni kan. Harini nak share dengan
anda semua. Perkongsian yang aku dengar dari rancangan USRATI, setiap
Khamis @ 5.20 pm bersama Ustazah Norhafizah Musa. Topik nya berkenaan
dengan TARBIAH JINSIAH. Apa tu? Aku pon baru 1st time dengar. Ok...TARBIAH JINSIAH atau lebih dikenali sebagai Pendidikan Seksual yang seharusnya diberi pendedahan kepada kanak² seawal usia remaja lagi.
Dalam topik tu juga, ada dibincangkan mengenai memisah kan tempat tidur
diantara anak lelaki dan juga anak perempuan. Dalam usia berapakah yang
sesuai diasingkan tempat ridur mereka. Iyerlah kan, kekadang rumah kita
ni tak cukup space. Rumah kecik especially rumah flat kan. Tu yang
terpaksa berkongsi bilik.
Dalam memisahkan tempat tidur antara anak laki² dan jugak anak
perempuan, Nabi SAW sendiri memang menyuruh kita pisahkan tempat tidur.
Dalam satu hadis yang maksudnya:
'SURUHLAH ANAK² MU MENGERJAKAN SOLAT
KETIKA MEREKA BERUSIA 7 TAHUN DAN PUKUL LAH MEREKA JIKA ENGGAN
MENUNAIKANNYA KETIKA SUDAH BERUMUR 10 TAHUN SERTA PISAHKAN TEMPAT TIDUR
MEREKA'
Maksudnya, anggaran usia 10 tahun dah kena dipisahkan tempat tidur mereka. Maksud pisah tempat tidur ni yang paling tak boleh adalah berkongsi selimut. Itu yang paling tak boleh sekali dan kena elakkan.
Kalau rumah sempit, tak cukup bilik dan terpaksa tidur dalam bilik yang
sama, pastikan tidur dalam selimut yang berlainan. Adik beradik
perempuan tidur sebaris dan adik beradik lelaki tidur sebaris ditempat
yang lain. Jangan bercampur tidur dengan adik beradik lelaki dan
perempuan. Atau pon anak² lelaki boleh tidur kat ruang tamu, Anak²
perempuan tidur dalam bilik. Memang tak dapat nak elak kalau rumah kecik
kan.
Tapi yang paling terbaik adalah pengasingan tempat tidur. Itu yang
sebaiknya, Sebab kita mungkin tak fikir benda² ke arah itu sebab kita
dah melepasi usia tersebut. Tapi bagi anak² yang sedang meningkat
remaja, naluri seksual mereka dah berkembang. Semua perkara² tak di
ingini boleh berlaku. Tak kira lah dengan adik beradik, orang luar dan
sebagainya yang boleh menyebabkan nafsu tu menjadi liar.
Jadi...islam bersifat pencegahan. Maka Nabi SAW memohon supaya
pisahkanlah tempat tidur di antara anak laki² dan juga anak perempuan
apabila sudah mencapai usia 10 tahun. Yang penting kita jaga anak
perempuan kita. Jangan susuk tubuhnya dilihat walau adik beradik lelaki.
Aurat juga perlu di jaga antara andik beradik lelaki dan perempuan.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.