. Pembelian Panik GST - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Pembelian Panik GST

at Isnin, 30 Mac 2015[12:15 PTG]

Menjelang 1 April 2015, GST akan mula dilaksanakan di Malaysia. Adakah kita semua sudah bersedia dengan pelaksanaan GST itu nanti? Itu persoalan yang bakal ditanya. Namun sebelum itu, mari kita lemparkan persoalan berkenaan kepada kerajaan yang bakal melaksanakan regim GST 6% berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sedia ada? Bagaimanakah agensi kerajaan akan melaksanakan pemantauan GST kerana di kebanyakan negara yang melaksanakan GST atau Value Added Tax (VAT) mereka melaksanakannya secara menyeluruh bukannya secara terpilih. Oleh yang demikian pemantauannya lebih mudah dan ringkas. Di Malaysia pelaksanaannya adalah secara terpilih iaitu meliputi kepada barang-barang yang tertentu sahaja. Oleh itu, mekanisme pemantauannya juga adalah berbeza malah mungkin lebih rumit berbanding SST sedia ada.
Pemantauan pelaksanaan GST di Malaysia terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat perniagaan dan juga barangan atau produk yang dijual. Ini kerana tidak semua perniagaan boleh mengenakan GST kerana di Malaysia hanya perniagaan yang memiliki overturn melebihi RM500,000.00 sahaja yang diwajibkan mendaftar. Oleh itu perniagaan yang overturnnya tidak melebihi nilai yang disebutkan di atas tidak boleh mengenakan dan memungut GST.
Peringkat seterusnya dalam pemantauan GST di Malaysia adalah terhadap barang/produk itu sendiri kerana tidak semua barang dikenakan GST berbanding negara-negara lain yang mengamalkan GST atau VAT. Ini memerlukan ramai penguatkuasa diperlukan dalam usaha pemantauan secara berterusan dan berkala pelaksanaan GST di Malaysia.
Jika sebelum ini, dalam era SST dikatakan berlaku ketirisan dalam proses mengutip atau memungut cukai tidak mustahil ianya akan berlaku pada eras GST ini kerana pemantauannya lebih rumit berbanding GST sedia ada.
Ingin ditekankan disini, dalam usaha negara untuk menambahkan hasil percukaian supaya negara memperolehi pendapatan yang lebih, maka usaha diperingkat pemantauan dan penguatkuasaan itu sendiri diperlukan dan ianya melibatkan sejumlah wang yang besar sehingga minda penguatkuasa itu sendiri terINTEGRITI.
Oleh itu dalam usaha kerajaan melaksanakan GST, ini negara akan mengalami beberapa fasa sehinggakan GST itu sendiri menstabilkan harga barang. Ini kerana, apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015, produk yang berada dipasaran adalah dihasilkan sebelum era GST. Maka kos percukaian lama dalam penghasilan produk itu diserap kedalam harga barang dan akan mengakibatkan peningkatan harga barang itu sendiri. Ianya akan berlarutan sehingga 6 ke 12 bulan. 
Fasa seterusnya, adalah dimana, semua pruduk yang berada dipasaran adalah dihasilkan semasa era GST, harga barangan akan mulai menurun dan dijangkan berlarutan sehingga ke 18 bulan. Harga barangan akan mulai stabil kembali dalam tempoh 1.5 tahun ke 2 tahun. Pada masa inilah rakyat akan dapat menikmati hasil sebenar pelaksanaan GST. Peningkatan harga barangan dalam proses penyesuaian ini pelu dan ditanggung oleh pengguna akhir (End User)yang menggunakan atau membeli sesuatu produk. Disarankan agar pengguna menangguhkan dahulu sebarang pembelian tidak perlu yang berbentuk kehendak dan hanya membeli barangan keperluan sahaja di sepanjang tempoh peralihan ini.
Disamping itu juga kerajaan perlu menetapkan kadar syiling margin keuntungan (Profit Margin) yang boleh dipungut oleh pengilang/pengeluar, pemborong, pengedar dan juga peruncit supaya ianya tidak keterlaluan dan akan mengakibatkan kerajaan dipersalahkan dalam soal ini.
Adalah dinasihatkan kepada semua pengguna agar tidak melakukan pembelian panik sepertimana pembelian petrol apabila harganya naik sehinggakan ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya. Ini akan memburukkan lagi keadaan kerana peniaga yang tidak dikawal profit marginnya akan menaikkan profit margin kerana permintaan yang tinggi untuk sesuatu produk atau barangan. Tahukan anda kenaikan harga barang yang paling tinggi pernah berlaku di Malaysia adalah apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri Malaysia ke-5 mengumumkan kenaikan/ pelarasan gaji penjawat awam seluruh negara pada masa itu, harga barangan atau produk di lihat naik menghampiri 2 kali ganda harga asal.
Disamping itu juga, faktor nilai matawang RM yang semakin meruncing adalah antara faktor utama kenaikan harga barangan bukannya GST.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...