. Pramugari MATI Kerana iPhone - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Pramugari MATI Kerana iPhone

at Rabu, 17 Julai 2013[8:57 PG]

BEIJING 16 Julai - Seorang pramugari warga China, maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefon pintar iPhone 5 ketika telefon itu dicas.

Laporan kematian Ma Ailun, 23, tersebut yang disebarkan di Internet oleh adik perempuannya, menimbulkan kritikan berjuta-juta pengguna telefon pintar tersebut di negara ini terhadap pengeluar telefon itu, Apple Inc.

Kematian Pramugari akibat menggunakan iPhone

Pramugari China Southern Airlines yang bakal berkahwin pada bulan depan itu, dilaporkan membeli telefon tersebut di kedai rasmi Apple di Xinjiang pada Disember lalu.

Adik lelakinya, Yuelun memberitahu akhbar Hong Kong, Apple Daily bahawa telefon tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa China untuk siasatan.

"Keluarga saya percaya, kakak saya meninggal dunia akibat renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefonnya. Telefon itu serta aksesorinya telah diserahkan kepada pihak berkuasa China,'' katanya. Adiknya dalam laman sosial China, Weibo berkata, Ailun membeli iPhone 5 itu di sebuah kedai rasmi Apple pada Disember lalu dan menggunakan alat pengecas asli ketika mengecas telefon tersebut.

Dalam pada itu, Apple memberi jaminan akan melakukan siasatan terhadap kematian tersebut, kejadian terbaharu yang memberi tamparan kepada syarikat teknologi berkenaan di pasaran kedua terbesarnya selepas Amerika Syarikat (AS).

Syarikat itu bagaimanapun enggan menyatakan sama ada pihaknya menyiasat kejadian itu sebagai kes terpencil atau menimbangkan untuk menarik semula produk berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

syawal tanpa keluarga tiga beradik yatim piatu sek...

mikroplastik dalam plasenta dan ovari ancaman kepa...

wawancara alien spesis manusia

how much torque and horsepower does a porsche m96 ...

hari raya bagi saya seorang oku

sentiment of malays being treated as second class ...

us s pro israel stance attracting more critics say...

mendamaikan 2 pihak

gempa myanmar 694 maut 1 670 cedera 68 hilang

food poisoning while traveling what you should kno...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...